ALOR SETAR – Kehadiran murid kembar mewarnai hari pertama sesi persekolahan 2011 yang bermula semalam.
Tiga pasangan kembar perempuan menarik perhatian ramai apabila memulakan hari pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Convent di sini.
Nurin Najla Izhan dan Nurin Najma serta Puteri Nurhadirah Abdul Ghani dan adiknya, Puteri Nurhamizah ditempatkan di kelas 1 Cendekia manakala pasangan Siti Hasmah Zakaria dan adiknya, Siti Rosmah pula di kelas 1 Kreatif.
Nurin Najla memberitahu, dia gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru dan bakal belajar bersama adiknya.
“Semasa rehat saya beli nasi lemak dan makan bersama dengan adik. Saya tidak mahu duduk di kelas lain kerana mahu belajar bersama-sama dengan adik,” katanya di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment